Search


📕 MPL S3 2019 📕

Tahniah diucapka...

  • Share this:


📕 MPL S3 2019 📕

Tahniah diucapkan kepada Geek Fam Mobile Legends atas kemenangan MPL Musim ke 3. Ternyata kerja keras, kesungguhan dan analisa adalah antara kunci kejayaan buat Geek Fam.

Kami di Shopee Bosskurr akan sentiasa dahagakan kemenangan dan kami percaya, rezeki akan ada dan sentiasa terbuka. Banyak juga kesilapan yang kami pelajari dan bincangkan semalam bersama.

Antara kesilapan besar adalah tidak membuat analisa mendalam dan melantik penganalisis tetap. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan Laphel akan dilantik untuk menjadi penganalisa berikutan penulisan dan analisa Laphel sedikit sebanyak membantu kami dalam mencari momentum kemenangan di regular season seterusnya melayakkan kami ke playoff dan kami akan bekerjasama lebih mendalam untuk persediaan Sukan Sea.

Kami juga ingin berterima kasih kepada semua penyokong yang selalu ingatkan kami tentang kewajiban. Sesungguhnya kami manusia yang tak pernah lari dari kesilapan dan selalu lalai dalam mengerjakan solat. Terima kasih sekali lagi semua penyokong kerana sentiasa mengingatkan kami.

Apapun, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga dan penyokong Bosskurr kerana sentiasa ada dibelakang kami waktu kami menang dan ketika kami kalah. Kami akan kembali dan terus mencari kejayaan. Love u gaisss - Daddy


Tags:

About author
not provided
Facebook newbie streamer. Terima kasih for your support guys. #teambosskurr IG : obotwhuutttt
View all posts